Falsafah PPIM
PPIM adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam
yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri, dan Daerah di Institut
Pengajian Tinggi, Maktab-maktab perguruan dan sekolah-sekolah menengah dan
rendah. Aktivitinya yang dijalankan sebagai Ko-Kurikulum secara formal dan
tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan
pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi
mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada ALLAH S.W.T.
Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan
bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa,
masyarakat dan Negara selaras dengan ajaran Islam.
Matlamat PPIM
Menerusi Penggubalan kurikulum yang
komprehensif dan perlaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap
agar mencapai matlamat seperti berikut :
- Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial,
fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan
pengukuhan nilai-nilai pendidikan.
- Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di
kalangan puteri- puteri.
- Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam
pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan
universiti.
- Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.
- Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan
menyeronokkan.
- Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara
sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.
VISI PPIM
Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai
ciri-ciri berikut :
Beriman dan berakhlak murni berdasarkan
prinsip-prinsip Islam.
Mempunyai kesihatan diri dan mampu
;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari
segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan
fizikal.
Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim
sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
MISI PPIM
- Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan
hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program-
program yang dijalankan.
- Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada
masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan
menarik.
- Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan
dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga
dan masyarakat.
Objektif PPIM
Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia
digubal dengan tujuan untuk merealisasikan kandungan falsafahnya.
Walaubagaimanapun Pergerakan Puteri Islam Malaysia menyedari bahawa terdapatnya
perbezaan umur dan perbezaan keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan diantara
ahli-ahli dari kalangan para pelajar sekolah menengah dan rendah dengan
institusi pengajian tinggi, maka Pergerakan Puteri Islam Malaysia menggariskan
objektif-objektif yang sesuai dengan keprihatinan diri masing-masing seperti
berikut:-
Objektif di Peringkat Sekolah
Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan
menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:-
1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang
- Taat kepada Allah, Raja dan Negara
- Berilmu
- Berakhlak mulia
- Berbakti kepada masyarakat
1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya
menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya
kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat
berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.
1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di
terima masyarakat.
1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati
generasi tua.
LOGO PPIM
COGAN KATA PPIM
LAGU PUTERI
IKRAR PUTERI
SULUH KATA
UNIFORM
No comments:
Post a Comment